TELUK INTAN: Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid (SKM) iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata walaupun dikategorikan sebagai SKM, sekolah berkenaan akan terus diberi perhatian oleh kementerian dan tiada yang akan ditutup.
"Ini termasuk menyalurkan peruntukan bagi kemudahan diperlukan dan kerja menaik taraf supaya memberi imbangan sama rata kepada semua jenis sekolah," katanya ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam di sini hari ini.
Beliau berkata di Perak sahaja terdapat 419 sekolah kurang murid dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tahun ini telah memberikan peruntukan sebanyak RM38,000 kepada semua sekolah kerajaan tanpa mengira bilangan muridnya.
Menurutnya Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah merangka beberapa strategi bagi menangani isu itu di bawah inisiatif Pelaksanaan Pelan Hala Tuju SKM.
Wong berkata antara strategi itu ialah pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred serta penggabungan SKM selain pemindahan atau penempatan semula SKM dan pengekalan SKM atas keperluan.
"Strategi pelaksanaan kelas bercantum dengan pengajaran dan pembelajaran pelbagai gred dilaksanakan dengan melibatkan percantuman kelas Tahun 2 dengan Tahun 3 dan Tahun 4 dengan Tahun 5 di sekolah berenrolmen 30 orang murid dan ke bawah," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai aktiviti luar bilik darjah pada musim panas, beliau berkata autonomi diberikan kepada pihak JPN dan sekolah bagi menentukan keputusan berdasarkan kepada garis panduan.
"Untuk menentukan aktiviti luar diteruskan bergantung kepada keadaan dan segala keputusan daripada JPN serta pihak sekolah haruslah mengikut garis panduan cuaca panas sedia ada," katanya.
Terdahulu, Wong melakukan lawatan kerja ke enam sekolah di kawasan Parlimen Teluk Intan dan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 kepada setiap sekolah bagi tujuan kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
Wong (tiga, kanan) beramah mesra bersama warga pendidik ketika melakukan lawatan kerja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam hari ini. - Foto Bernama
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
SJKC tidak akan ditutup - TPM Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jaminan yang diberikan itu juga turut melibatkan 454 buah sekolah SJKC yang dikenal pasti sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM).